Tiga Kerajaan Korea Sejarah_Korea

Rencana utama: Tiga Kerajaan Korea

Goguryeo

Rencana utama: Goguryeo
Goguryeo ketika puncak kekuasaannya, pada tahun 476 MContoh mural makam Goguryeo

Goguryeo diasaskan pada tahun 37 SM oleh Jumong (dinamakan sebagai Dongmyeongseong selepas mangkat, dengan gelaran diraja).[61] Kemudian, Raja Taejo memusatkan kerajaan tersebut. Goguryeo adalah kerajaan Korea pertama yang mengamalkan Buddhisme sebagai agama negara pada 372, ketika pemerintahan Raja Sosurim.[62][63]

Goguryeo (juga disebut sebagai Koguryŏ) juga dikenali sebagai Goryeo (juga disebut sebagai Koryŏ), dan akhirnya menjadi sumber nama moden Korea.[64]

Goguryeo mencapai kemuncaknya pada abad ke-5, menjadi empayar yang kuat dan salah satu kuasa besar di Asia Timur,[65][66][67][68] ketika Gwanggaeto yang Agung dan anaknya, Jangsu, memperluas negara ini ke hampir seluruh Manchuria, bahagian Hulu Mongolia,[69] beberapa wilayah di Rusia,[70] dan mengambil bandar Seoul hari ini dari Baekje.[69] Goguryeo mengalami zaman keemasan di bawah Gwanggaeto dan Jangsu,[71][72][73][74] yang kedua-duanya menundukkan Baekje dan Silla ketika itu, mencapai penyatuan ringkas Tiga Kerajaan Korea dan menjadi kuasa paling dominan di Semenanjung Korea.[75][76][77] Jangsu yang memerintah selama 79 tahun menyaksikan penyempurnaan pengaturan institusi politik, ekonomi dan lain-lain di Goguryeo.[78]

Goguryeo adalah negara yang sangat berketenteraan;[79][80] di samping bersaing untuk mengawal Semenanjung Korea, Goguryeo mempunyai banyak konflik ketenteraan dengan pelbagai dinasti Cina,[81] terutamanya Perang Goguryeo–Sui, di mana Goguryeo mengalahkan kuasa besar yang secara tradisinya dikatakan berjumlah lebih dari satu juta orang,[note 2] dan menyumbang kepada kejatuhan dinasti Sui.[82][83][84][85][86]

Pada 642, jeneral Yeon Gaesomun memimpin rampasan kuasa dan mendapat kawalan sepenuhnya ke atas Goguryeo. Sebagai tindak balas, Maharaja Tang Taizong dari China mengetuai kempen melawan Goguryeo, tetapi dikalahkan dan berundur.[87][88][89][90] Selepas kematian Tang Taizong, anaknya, Maharaja Tang Gaozong bersekutu dengan kerajaan Silla Korea dan menyerang Goguryeo sekali lagi tetapi tidak dapat mengalahkan pertahanan Goguryeo yang kuat dan dikalahkan pada tahun 662.[91][92] Namun, Yeon Gaesomun meninggal dunia pada 666 dan Goguryeo mengalami huru-hara dan dilemahkan oleh konflik pewarisan di antara anak-anak dan saudara lelaki Yeon Gaesomun,[93][94] dengan anak sulungnya berpaling tadah kepada Tang dan adiknya berpaling tadah kepada Silla.[95] Perikatan Tang–Silla membuat serangan baru pada tahun 667, dibantu oleh pembelot Yeon Namsaeng, dan akhirnya dapat menaklukkan Goguryeo pada tahun 668.[96][97]

Selepas kejatuhan Goguryeo, Tang dan Silla mengakhiri perikatan mereka dan bersaing untuk menguasai Semenanjung Korea. Silla berjaya menguasai kebanyakan Semenanjung Korea, manakala Tang menguasai kawasan utara Goguryeo. Walau bagaimanapun, 30 tahun selepas kejatuhan Goguryeo, seorang jeneral Goguryeo bernama Dae Joyeong mengasaskan negeri Mohe Balhae dan berjaya mengusir Tang dari banyak bekas wilayah Goguryeo.

Dupa Cendana Bersadur Gangsa dari Baekje

Baekje

Rencana utama: Baekje

Baekje diasaskan oleh Onjo, putera Goguryeo dan anak ketiga pengasas Goguryeo, pada 18 SM.[98] Baekje dan Goguryeo berkongsi mitos pengasasan dan berasal dari Buyeo.[99] Sanguo Zhi menyebut Baekje sebagai anggota konfederasi Mahan di lembangan Sungai Han (berhampiran Seoul sekarang ini). Ia berkembang ke barat daya (wilayah Chungcheong dan Jeolla) di semenanjung dan menjadi kuasa politik dan ketenteraan yang penting. Dalam proses itu, Baekje muncul dalam konfrontasi sengit dengan Goguryeo dan komanderi Cina di sekitar cita-cita wilayahnya.

Ketika puncaknya pada abad ke-4 semasa pemerintahan Raja Geunchogo, Baekje menyerap semua negeri Mahan dan menundukkan sebahagian besar semenanjung Korea barat (termasuk wilayah moden Gyeonggi, Chungcheong, dan Jeolla, serta sebahagian Hwanghaedan Gangwon) kepada kerajaan berpusat. Baekje memperoleh budaya dan teknologi Cina melalui hubungan maritim dengan dinasti Selatan semasa pengembangan wilayahnya.[100]

Baekje adalah kuasa maritim yang hebat;[101] kemahiran nautikanya menjadikannya Phoenicia di Asia Timur, memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Buddha di seluruh Asia Timur dan budaya kontinental ke Jepun.[102][103] Baekje memainkan peranan penting dalam menyebarkan perkembangan kebudayaan, seperti aksara-aksara Cina, Buddhisme, pembuatan besi, tembikar maju, dan upacara pengebumian ke Jepun purba.[104][105][106][107][108][109][110] Aspek kebudayaan lain juga dihantar ketika kerabat Baekje berundur ke Jepun setelah Baekje ditawan oleh Perikatan Silla–Tang.

Baekje pernah menjadi kuasa ketenteraan besar di Semenanjung Korea, terutama pada masa Geunchogo,[111] tetapi secara kritikal dikalahkan oleh Gwanggaeto Agung dan merosot.[112] Pada akhirnya, Baekje dikalahkan oleh gabungan pasukan Silla dan Tang pada 660.[113]

Silla

Rencana utama: Silla
Replika pagoda bersaiz kecil setinggi 80 meter di Kuil Hwangnyongsa yang dimusnahkan oleh MongolPagoda candi Bunhwangsa, 634 M, yang pernah berdiri setinggi tujuh hingga sembilan tingkat, tetapi runtuh ke keadaan sekarang setinggi tiga tingkat

Menurut legenda, kerajaan Silla bermula dengan penyatuan enam buah chiefdom konfederasi Jinhan oleh Bak Hyeokgeose pada 57 SM, di wilayah tenggara Korea. Wilayahnya termasuk bandar pelabuhan Busan sekarang, dan Silla kemudiannya muncul sebagai kuasa laut yang bertanggungjawab untuk memusnahkan lanun Jepun, terutama semasa tempoh Silla Bersatu.[114]

Artifak Silla, termasuk hasil kerja logam emas yang unik, menunjukkan pengaruh dari steppe nomad utara dan orang Iran dan khususnya Parsi, dengan kurangnya pengaruh China berbanding oleh Goguryeo dan Baekje.[115] Silla berkembang pesat dengan menduduki lembangan Sungai Nakdong dan menyatukan negara-negara kota.

Menjelang abad ke-2, Silla adalah sebuah negara yang besar, menduduki dan mempengaruhi negara-negara bersebelahan. Silla memperoleh kuasa lebih tinggi apabila ia mengilhakkan konfederasi Gaya pada 562. Silla sering menghadapi tekanan dari Goguryeo, Baekje dan Jepun, dan pada masa-masa tertentu, telah bersekutu dan berperang dengan Baekje dan Goguryeo.

Silla adalah yang terkecil dan paling lemah daripada Tiga Kerajaan Korea, tetapi ia menggunakan cara diplomatik yang licik untuk membuat pakatan dan ikatan oportunistik dengan kerajaan-kerajaan Korea yang lebih berkuasa, dan akhirnya Tang China, untuk kelebihannya yang lebih besar.[116][117]

Pada 660, Raja Muyeol dari Silla mengarahkan tenteranya untuk menyerang Baekje. Jeneral Kim Yu-shin, dibantu oleh pasukan Tang, menakluk Baekje. Pada tahun 661, Silla dan Tang beralih pula ke Goguryeo tetapi ditentang. Raja Munmu, anak lelaki Muyeol dan anak saudara lelaki Kim, melancarkan satu lagi kempen pada tahun 667 dan Goguryeo tumbang pada tahun berikutnya.[118]

Gaya

Rencana utama: Konfederasi Gaya

Gaya adalah konfederasi kerajaan kecil di lembah Sungai Nakdong di selatan Korea, yang berkembang daripada konfederasi Byeonhan zaman Samhan. Dataran Gaya kaya dengan besi, jadi pengeksportan alat besi adalah mungkin dan pertanian juga turut berkembang. Pada abad-abad awal, Konfederasi ini dipimpin oleh Geumgwan Gaya di rantau Gimhae. Bagaimanapun, kuasa utamanya berubah ke Daegaya di rantau Goryeong selepas abad ke-5.

Sentiasa berperang dengan tiga buah kerajaan di sekelilingnya, Gaya tidak dibangunkan untuk membentuk negeri bersatu, dan akhirnya diserap ke dalam Silla pada 562.[119]

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_Korea http://www.murdoch.edu.au/elaw/issues/v3n2/kawasak... http://www.bookrags.com/history/worldhistory/yayoi... http://www.boston.com/news/nation/washington/artic... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2010/... http://archives.cnn.com/2001/WORLD/asiapcf/east/03... http://www2.gol.com/users/hsmr/Content/East%20Asia... http://www.japan-guide.com/e/e2046.html http://www.japanvisitor.com/index.php?cID=359&pID=... http://joongangdaily.joins.com/200108/30/200108300... http://news.joins.com/article/17253437